Dunia buku (terangkum bersamanya majalah, makalah, akhbar dan seumpamanya) sememangnya satu dunia yang kami sekeluarga amat minati dan sayangi. Kami tidak lokek mengeluarkan duit semata-mata kerana buku. Berbanding keperluan semasa yang lain seperti pakaian, alat dandanan dan bermacam benda lagi, buku sentiasa menjadi keutamaan.
Salah sebuah buku yang diminati karya Prof Dr. Hj. Muhd Kamil Mengingati masa lalu, naluri meminati buku ini telah tumbuh di sanubari saya sejak kecil lagi. Saya sanggup mencuri duit ayah semata-mata ingin membeli akhbar harian dan majalah serta komik yang digemari. Setelah dibeli, ianya akan disembunyikan di mana-mana tempat yang tersorok. Adakalanya tidak sedar ianya rosak dimakan bubuk atau pun anai-anai. Pernah juga tertangkap dek ayah, apalagi kena marahlah.
Namun saya tidak pernah serik. Ketagihan pada buku atau bahan bacaan menjadikan saya anak yang tidak mendengar kata. Ayah marah bukan kerana sayangkan duitnya tetapi bimbang saya lupakan pelajaran sekolah. Saya tidak menyalahkan ayah kerana demikianlah pemikiran orang-orang tua di kampung di tahun 70an yang menganggap pelajaran hanya diperolehi dari buku-buku sekolah.
Ketika di sekolah menengah, seterusnya ke menara gading, naluri minatkan buku tidak pernah padam. Di saat rakan-rakan lain lebih senang membuat fotokopi buku-buku pengajian, saya lebih suka membeli buku baru ataupun terpakai. Ianya memberi lebih kepuasan dan menimbulkan semangat belajar yang lebih kepada saya. Bukannya saya mempunyai banyak duit tetapi saya sanggup berkorban makan-minum serta kehendak lain semata-mata kerana buku.
Setelah bekerja dan mempunyai duit saku sendiri, kedai-kedai buku dan pameran buku sentiasa menjadi destinasi yang wajib disinggahi. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan setiap awal tahun di PWTC sentiasa dinanti-nantikan. Sanggup saya mengambil cuti kerananya. Ketika berada beberapa tahun di luar negara, saya amat terasa kehilangannya. Sekarang saya serta keluarga telah pun kembali ke tanah air, Insya Allah kali ini tidak akan dilepaskan.
Naluri meminati buku ini turut sama dikongsi bersama isteri yang sememangnya mempunyai minat yang sama sejak sekian lama. Kini anak-anak kami yang sedang meningkat remaja pun sudah sebati dengan buku. Mereka telah dibiasakan dengan buku sejak dalam kandungan lagi. Kemana pergi, buku/majalah yang dicari, alat mainan langsung tidak diendahkan. AlhamduliLlah.
Koleksi buku-buku kami semakin hari semakin bertambah. Buku-buku sedia ada di rumah ditambah pula berkotak-kotak buku yang dibawa pulang dari Melbourne (foto di atas - masih di dalam kotak). Telah lama kami mengimpikan untuk mengadakan perpustakaan mini di rumah. Satu ruang khusus untuk menempatkan kesemua buku-buku tersebut berserta ruang belajar untuk anak-anak. Tempatnya telah pun ada tetapi belum dilengkapi kemudahan dan tiada kesempatan masa. Insya Allah akan diusahakan dalam masa terdekat.
Kami amat mengharapkan moga naluri minatkan buku di dalam keluarga kami ini terus segar mekar sepanjang zaman selagi hayat dikandung badan, berterusan selamanya. Ameen.

No comments:
Post a Comment