Lazimnya kehadiran tahun baru akan disertai dengan tekad dan azam baru. Secara umumnya setiap orang mengharapkan masa hadapan yang lebih baik berbanding sebelumnya.Demikianlah realitinya yang juga menjadi fitrah manusiawi. Lebih-lebih lagilah bagi seorang Muslim... pastinya mengimpikan kehidupan nan indah di dunia dan jua di akhirat. Moga dikabulkan ALLAH SWT. Ameen.
Menyoroti peristiwa hijrah RasuluLLAH SAW dan pengikutnya dari Mekah ke Madinah... terselit kisah dua puak yang sering bertelagah di bumi Madinah iaitu puak Aus dan Khazraj yang akhirnya bersatu teguh atas roh Islam, dikenali sebagai kaum Ansar. Lebih manis lagi... keakraban persaudaraan Islam ini dimeterai bersama pendatang dari Mekah yakni kaum Muhajirin. Semuanya berpadu kemas atas nama Muslim. Hebatnya Islam yang dibawa oleh RasuluLLAH SAW.
Seterusnya berlapang dadalah atas perbezaan pandangan yang tidak menyentuh soal aqidah kerana ianya satu rahmat. Contohilah para ulama muktabar yang sentiasa terbuka hati mereka demi ukhuwah Islamiah sejagat.
"Dan apa pun yang kamu perselisihkan padanya tentang sesuatu, keputusannya terserah kepada ALLAH. Itulah ALLAH Tuhanku. KepadaNYA aku bertawakal dan kepadaNYA aku kembali"
Itukan tekad kita di tahun baru ini...!

















