Beberapa hari berada di Springvale, kami kerap berulang
alik ke Dandenong, antaranya menziarahi rakan lama, Sdr Wafir-Dr. Suharti
sekeluarga, mencari makanan halal, menjengok rumah sewa kami dahulu dan juga
rumah sewa rakan-rakan yang lain, menyinggah ke beberapa tempat yang kerap
dikunjungi suatu ketika dahulu dan meninjau lain-lain tempat yang menjadi
sebahagian daripada sejarah kehidupan kami di Dandenong. Segalanya kini tinggal
kenangan yang sentiasa diingati.
Berlatarkan Dandenong Market |
Di sinilah kami sekeluarga menetap hampir tiga
setengah tahun lamanya (2007-2010) menemani Laili yang menyambung pengajiannya
di Monash University kampus Clayton. Manakala anak-anak pula bersekolah rendah
dan menengah tidak jauh dari rumah.
Dandenong menjadi pilihan kami kerana keunikannya
dari segi budaya, agama dan cara hidup. Di sini terdapat Masjid Emir Sultan dan
banyak Halal Mart di mana keperluan halal amat mudah diperolehi. Sekaligus
menunjukkan ramainya komuniti Muslim di sini (kira-kira 25%) terutamanya
keturunan Turki, Albania, Bosnia dan Afghanistan.
Terlebih istimewa lagi, di Dandenong ketika itu
terdapat ramai keluarga dari Malaysia dari kalangan pelajar saarjana/PhD dan
juga penduduk tetap (PR), sekaligus menjadi sahabat dan saudara terdekat
bagaikan adik beradik, bersama-sama berkongsi susah dan senang. Dari sini
terbentuknya komuniti Warga Kg. Dandy yang aktif bersilaturrahim.
Maka kunjungan kami kali ini ibarat sirih pulang
ke gagang - berusaha menjejakinya kembali sambil mengimbau memori lama.
Masjid Emir Sultan, Dandenong |
Menariknya kos pembinaannya adalah sumbangan orang ramai termasuk projek amal jariah tajaan batu bata yang turut disertai oleh ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang berkunjung ke rumah kami ketika itu. Inshaa ALLAH sedekah jariah tersebut bakal menjadi pendinding daripada panasnya Jahanam. Aameen.
Setelah tiba di Melbourne, Masjid Emir Sultan inilah lokasi pertama
yang dituju selepas check-in di
an-Naim Melb Homestay. Tambahan pula telah hampir masuk waktu solat Jumaat.
AlhamduliLLAH, sebak rasa di hati setelah sekian lama merinduinya. Tercapai
impian yang lama terpendam - tempat yang kerap dikunjungi ketika tinggal di
Dandenong.
Menyusuri Cleeland St. membelok ke David St., terpesona kami melihat sekolah anak-anak yang telah berubah landskapnya. Dandenong North Primary School telah bertambah bangunan kelasnya, mengunjur hingga ke padang sekolah. Manakala Dandenong High School pula mempunyai bangunan baru bertaraf kolej/ universiti.

Dandenong
Market adalah pasar besar yang kerap dikunjungi setiap minggu
terutama membeli buah-buahan dan sayur-sayuran. Pasar ini telah dibangunkan
semula sekitar tahun 2010 dengan dilakukan pembesaran dan pemisahan ruangan
jualan barangan kering dan basah.
Berjalan-jalan di pasar ini mudah sahaja bertemu gerai dan kedai milik Muslim, antaranya kedai buku, cenderahati dan makanan. Begitu juga para pekerja di kalangan Muslim.
Dua kali kami kunjungi pasar ini. Singgahan kami adalah di gerai Dough Works (Halal) untuk mendapatkan gozlema, kentang goreng dan kebab sebagai makanan tengahari. Juga ke kedai cenderahati serta kedai buku terpakai – semuanya milik Muslim Turki.
Betul-betul di sebelah pasar adalah pasaraya murah dikenali sebagai ALDI Stores. Menariknya sejak dahulu lagi tiada beg plastik disediakan. Jika tiada shopping bag/ trolley, pandai-pandailah dapatkan kotak kosong di rak atau minta dari pekerja. Coles Supermarket juga menjadi pilihan kami. Lokasinya tidak jauh dari Dandenong Market.

Dandenong Library baru |
Beberapa tahun lalu ianya telah dipindahkan ke bangunan baru 3 tingakt yang lebih besar dan selesa di Lonsdale St. Ketika berada di Dandenong baru-baru ini, kami sempat merasai suasana dahulu yang masih ceria dan santai.
Marmara
Halal Meats. Dahulu bersebelahan Dandenong
Plaza dan beberapa langkah sahaja dari Dandenong Market. Inilah
sumber utama daging halal dan makanan laut. Walaupun banyak pilihan halal butcher, Marmara tetap jadi
pilihan.
Kini ianya telah berpindah ke lokasi baru yang lebih
besar. Bukan sahaja menjual daging dan seafood
tetapi berubah kepada pasaraya yang menjual barangan halal dari negara-negara
Islam lain. Malah makanan siap masak juga ada dijual. Carian kami di Marmara
kali ini hanyalah daging kisar, sosej dan salami untuk penyediaan sarapan pagi
dan bekalan di perjalanan.
Paradise
Halal Pizza adalah antara pilihan makanan sampingan kami ketika
tinggal di Dandenong. Letaknya juga berdekatan Dandenong Market. Pizzanya
lembut dan sedap. Dahulu saya tidak menggemari pizza tetapi setelah merasai
Paradise Pizza, saya mula menyukainya.
Bakhl Charcoal Kebab di Thomas St. adalah kedai makan Afghanistan. Di sini kami makan kebab Afghans pula. Ianya kepingan roti tebal berserta beberapa cucuk daging kambing dan ayam bakar seakan sate berserta sos pencicah. Satu hidangan biasanya untuk seorang makan tetapi ‘perut kami kecil’, dikongsi berlima pun sudah terasa berisi.
Di sepanjang Thomas St. ini majoritinya adalah kedai-kedai halal samada kedai makan ataupun kedai daging (butcher). Jika susah nak cari tempat menjual makanan halal, datang sahaja ke sini.
Thrash 'n Treasure Market yang terletak di tapak pawagam terbuka bersebelahan South Gippsland Hwy dibuka setiap hari Ahad. Mengumpul ratusan penjual barangan terpakai dan keperluan harian dengan pelbagai jenis barangan seperti peralatan jentera, perhiasan rumah, alatan dapur, koleksi hobi dan bermacam-macam lagi.
Afghans Kebab |

Dahulu kami kerap ke sini untuk mencari barangan
keperluan yang masih elok dengan harga yang amat murah. Kali ini kami pergi
lagi untuk mencari barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Hasilnya sekotak soft toy dibawa pulang untuk anak-anak
kecil di tanah air.
Rumah
Sewa @ Dandenong. Tidak sempurna kiranya bertandang ke Dandenong
jika tidak meninjau rumah-rumah yang pernah meninggalkan kenangan pahit manis
selama berada di sana.
‘Rumah kami’ di Heatherton Rd masih seperti dahulu. Begitu juga rumah rakan-rakan lain di Cleeland St dan Suzanne St. Hanya rumah di Bedwell Ave sahaja telah diubahsuai hingga kami keliru mana satu rumahnya.
'Rumah Kami' di Heatherton Rd |
‘Rumah kami’ di Heatherton Rd masih seperti dahulu. Begitu juga rumah rakan-rakan lain di Cleeland St dan Suzanne St. Hanya rumah di Bedwell Ave sahaja telah diubahsuai hingga kami keliru mana satu rumahnya.
Banyak lagi tempat yang meninggalkan kenangan
ketika berada di Dandenong namun tidak sempat kami singgahi. Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya apa yang telah dilalui sedikit sebanyak berjaya mengubat kerinduan kepada 'kampung halaman yang telah lama ditinggalkan'.
Sebahagian daripada foto di sekitar Dandenong boleh diakses di Album Foto Kami 'Dandenong Kini' atau klik di sini untuk capaian segera.
Sebahagian daripada foto di sekitar Dandenong boleh diakses di Album Foto Kami 'Dandenong Kini' atau klik di sini untuk capaian segera.
Sedikit maklumat berkaitan: Bagi yang memandu di Australia, AlhamduliLLAH,
pemanduannya di sebelah kanan dan lesen memandu Malaysia diperakui sah
penggunaannya di sana. Cuma berhati-hati dengan beberapa peraturan jalanraya
yang berbeza daripada kita.
Setiap orang di dalam kereta diwajibkan memakai talipinggang keledar. Kanak-kanak tidak boleh duduk di kerusi sebelah pemandu walaupun tiada penumpang di bahagian hadapan. Bayi pula dimestikan berada dalam chair seat sendiri yang diikat kepada kerusi.

Untuk parkir di tepian jalan terutama di kawasan pekan atau bandar, pastikan arah kenderaan sehala dengan arus lalulintas, bukannya bertentangan arah. Juga, perhati dan fahami arahan parkir samada berbayar atau percuma dan berapa lama masa dibenarkan.
Malah banyak lagi peraturan jalanraya yang perlu dipatuhi. Sebaiknya ambil maklum sebelum memandu di Australia, nanti tak pasal-pasal kena saman. Baru-baru ini kami tersilap sedikit sehingga ditahan oleh polis. Puncanya tidak berhenti dengan sempurna di simpang jalan kawasan perumahan, sedangkan tiada kenderaan dari arah bertentangan. Akhirnya dilepaskan dengan amaran setelah mengaku pelancong. AlhamduliLLAH.

No comments:
Post a Comment