Selama seminggu di Melbourne, kami menginap di
beberapa tempat mengikut keperluan, kesempatan dan kekosongan yang ada.
Rumah 3 bilik tidur dengan ruang tamu, dapur
berserta kelengkapan memasak, laundry dan bilik air yang terpisah
daripada tandas kering. Perlu diingat, semua tandas di Australia
(persendirian dan awam) sememangnya tiada disediakan air untuk bersuci.
Jadi pandai-pandailah gunakan air yang dibawa tanpa membasahkan lantai.
Satu lagi, setiap sampah perlu diasingkan antara recycle items dan sisa makanan. Jangan dibuang sebarangan ke dalam tong sampah. Natijahnya pemilik rumah lazimnya akan disaman.
Dua hari terawal suhu di Melbourne amat sejuk, sekitar 17C.
Lebih-lebih lagi di malam hari menurun di bawah 10C. AlhamduliLLAH ada pemanas
elektrik disediakan di setiap bilik dan juga di ruang tamu.
Setiap pagi kami akan dapatkan dahulu ramalan suhu dan cuaca harian yang tersiar di kaca TV sebagai persediaan sebelum keluar berjalan.
Malam
terakhir sebelum bertolak pulang ke tanah
air, kami menerima jemputan bermalam di rumah rakan lama, Sdr
Rasydan-Dr.
Rohani yang juga tinggal di Springvale, tidak jauh dari rumah
Asmadi-Mazni. Terima kasih daun keladi, lain kali bolehlah tumpang
lagi... ;)
Bersama Sdr Edy di hadapan an-Naim Melb Home |
Untuk 3 hari pertama, kami menginap di an Naim
Melb Home – homestay milik rakan lama, pasangan Melayu Kelantan-Singapura; Sdr Asmadi (Edy) dan Mazni yang terletak di tepian
Princess Hwy di Springvale. Dekat sahaja dengan Dandenong yang menjadi tumpuan
kami. Tak sampai pun 10 km.
Urusan sewaan telah dibuat sejak beberapa bulan yang lalu. Asalnya kami berhajat menyewanya selama seminggu tetapi telah ada penyewa untuk hari-hari berikutnya.
Urusan sewaan telah dibuat sejak beberapa bulan yang lalu. Asalnya kami berhajat menyewanya selama seminggu tetapi telah ada penyewa untuk hari-hari berikutnya.
Kepada yang berhajat kepada rumah sewa ketika
bercuti di Melbourne, bolehlah search an-Naim Melb Home dan buat tempahan
melalui laman berkenaan. Cuma jaraknya dengan Melbourne City kira-kira 30 km –
jarak yang tidaklah jauh bagi sebuah negara/negeri yang luas.
Bertrampolin di laman belakang |
Satu lagi, setiap sampah perlu diasingkan antara recycle items dan sisa makanan. Jangan dibuang sebarangan ke dalam tong sampah. Natijahnya pemilik rumah lazimnya akan disaman.
Laman hadapan dan belakang an-Naim luas. Terdapat beberapa pokok buah-buahan di bahagian belakang rumah, antaranya buah tin (fig), goose berry, limau nipis dan lemon.
Bagi kami, buah tin dan lemon mengundang memori indah pada rumah sewa kami di Dandenong dahulu. Buah tinnya lebat sekali, menunggu masak di akhir musim panas ini atau awal musim gugur nanti (Jan-Mac). Buahnya jenis besar, boleh dimakan begitu sahaja. Rasanya, emm.. sedap sekali.

Inilah buah tin... sedap! |
Setiap pagi kami akan dapatkan dahulu ramalan suhu dan cuaca harian yang tersiar di kaca TV sebagai persediaan sebelum keluar berjalan.
Selama
3 hari di an-Naim, sempat juga kami memasak seadanya di rumah ini.
Malah banyak sekali keperluan dapur seperti rempah ratus dan bahan
makanan
serta minuman yang disediakan atau ditinggalkan oleh para penyewa yang
bersilih
ganti sebelum kami. Majoritinya dari Malaysia. Daging halal, makanan
laut dan pelbagai keperluan memasak rasa Malaysia mudah diperolehi di
Halal Mart dan Asian Grocery di Dandenong atau pun Clayton.
Selepas itu kami menginap semalam di Clayton
Monash Motor Inn, berdekatan dengan Monash University. Apartment 2
bilik yang amat selesa, ditempah beberapa hari sebelum berlepas ke
Melbourne. Keesokan harinya, selepas majlis konvokesyen, bermulalah
perjalanan kami ke Mt. Gambier, South Australia dan Port
Campbell, Victoria.
Untuk kedua-dua tempat tersebut, penginapannya secara
walk-in sahaja. Kami tidak membuat tempahan awal kerana khuatir
perjalanan kami berubah rancangan di saat-saat akhir. Pengalaman kami,
ianya suatu tindakan yang amat besar risikonya jika tiba di waktu malam
kerana lazimnya reception mula ditutup sekitar jam 8:30 malam. Begitu juga ketika peak season seperti musim cuti sekolah di Australia.
Namun
kami bernasib
baik. Syukur kepada ALLAH SWT atas rahmat dan perlindunganNYA. Di Mt.
Gambier, kami menginap di Arkana Motor Inn, manakala di Port Campbell
pula di Summer's Rest Units. Kesemua tempat bermalam amat memuaskan hati
kami terutama dari segi kekemasan dan kebersihan luarannya.
Di rumah Rasydan-Rohani |
Nasihat
kami kepada rakan-rakan yang ingin berkunjung ke Australia, rancangkan
sebaik mungkin pengembaraan kalian. Dapatkan jarak dan masa perjalanan
dari satu lokasi ke satu lokasi dan buat tempahan penginapan lebih
awal.
Dapatkan juga ramalan cuaca dan suhu setempat serta waktu solat bagi setiap lokasi berkaitan. Soal makanan juga penting, boleh sahaja search tempat makanan halal yang ada atau pastikan ramuan makanan yang dibeli tidak mengandungi sumber haram atau syubhah.

Seronok
jika dapat memandu sendiri, apatah lagi jika berkeluarga. Akan tetapi
bagi yang mengikuti pakej pelancongan, seeloknya dapatkan pakej Muslim,
banyak perkara berkaitan hukum hakam Inshaa ALLAH lebih terpelihara.
No comments:
Post a Comment