Friday, March 15, 2013

Penjelasan Umrah Bersama Al-Fajr Travel

Setahun yang lalu, kami sekeluarga bersama emak-abah serta beberapa orang saudara terdekat telah berkesempatan menunaikan ibadah umrah dan ziarah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. AlhamduliLlah di atas anugerah Illahi yang tiada terhingga ini. 

Kunjungan kami ke sana di bawah seliaan syarikat pengendali umrah-haji, Al-Fajr Travel and Tours.

Rentetan pengalaman selama 11 hari/13 malam telah kami rakamkan di dalam entri Salam Monash pada  bulan April-Mei 2012. 

Bukan sahaja keseronokan dan kenikmatan menjadi tetamu Allah SWT dinukilkan tetapi juga keperitan yang dilalui terutama ketika ahli rombongan dibiarkan terkontang-kanting semalaman sehingga ke pagi menguruskan sendiri setiap permasalahan yang timbul turut diabadikan sebagai kenangan dan renungan bersama.

Kesannya, ramai para jemaah yang menghantar emel secara peribadi kepada kami bertanyakan pengalaman pahit yang dirasai serta memohon pandangan dan pencerahan bagi mengelakkan perkara seumpamanya berlaku ke atas diri mereka.

Jadi, melalui entri kali ini, ingin kami perjelaskan isu berkenaan. Oleh kerana perkara yang ditimbulkan oleh para pembaca adalah sama, maka secara mudahnya kami hanya 'potong dan tampal' sahaja jawabannya kepada setiap pengemel kecuali kepada beberapa orang yang mengajukan soalan yang berbeza skopnya.

Diharapkan dengan penjelasan ini tiada lagi persoalan berkaitan ditanya dan sebaiknya dapatkan kepastian terus daripada para pengendali umrah atas isu yang dimusykilkan.

Berikut sedutan daripada jawaban 'potong dan tampal' yang saya poskan kepada para pengemel.
Tentang al-Fajr, terus terang saya tiada pengalaman berumrah dengan lain-lain agensi umrah. Jadi rasanya tidak adil untuk saya membuat perbandingan. Cuma apa yang boleh saya utarakan berdasarkan pengalaman yang dilalui, seorang wakil bertauliah dari agensi pengendali umrah sewajarnya ada bersama para jemaah yang dibawa. Saya fahami kekangan birokrasi Arab Saudi di dalam soal mutawwif tetapi ruangnya masih ada untuk mengadakan seorang wakil di kalangan jemaah.

Peranan 'wakil bertauliah/ pembimbing' perlu di dalam membimbing para jemaah melaksanakan ibadah dengan betul menurut syariaat seperti kaedah tawaf, saie, tawaf wida' berserta larangan yang perlu dijauhi dalam ibadah-ibadah tertentu termasuk dalam mengerjakan solat seperti jamak, qasar, tamam, masbuk, muaafik dll.


Sekaligus wakil ini menjadi tempat rujukan yang dipercayai dan diyakini ilmunya terutama berkaitan agama.


Di samping itu wakil ini turut menjadi pengurus bagi jemaah dalam berurusan dengan pihak berkuasa Arab Saudi/ kumpulan tertentu yang memerlukan penterjemah bahasa Arab, urusan lapangan terbang dll berkaitan.

Bayangkan masaalah yang kami hadapi -  tiada pakar rujuk dalam hukum hakam tawaf wida' hingga ada yang bersantaian/ membeli belah setelah mengerjakannya lebih awal, dihantar ke airport yang salah menyebabkan kami perlu menguruskan sendiri perpindahan airport dengan kos sendiri, dipermainkan oleh kakitangan airport yang cuba mendapatkan 'duit kopi' dan macam-macam lagi.


Cemburu kami melihat jemaah dari agensi umrah lain yang teratur segala urusan mereka kerana wakil pengendali ada bersama mereka. Terus terang, saya amat tidak selesa jika ada pengendali umrah/haji yang berkata... itulah dugaan yang perlu dihadapi ketika di Tanah Suci.... sedangkan ianya boleh dielakkan dengan usaha berterusan dari pihak pengendali sendiri.


Itulah apa yang kami alami. Namun sebaiknya jangan jadikan ianya sebagai halangan untuk berumrah bersama al-Fajr. Mungkin sekarang segalanya telah berubah dan lebih baik dari pengendali umrah lain. Sebaiknya berinteraksilah dengan al-Fajr untuk mendapat gambaran sebenar perkhidmatan terkini.

Akhirkata, selamat berkunjung ke Tanah Suci. Ingatan saya, pergunakanlah setiap detik masa yang ada untuk mendekatkan diri kepadaNya. Moga dianugerahi umrah yang mabrur. Ameen.


Sekian. Allahu a'lam.

ps. Mohon maaf, saya tidak bermaksud 'menutup periuk nasi' al-Fajr tetapi jadikanlah ia sebagai panduan @ KPI di dalam meningkatkan kecemerlangan dalam pengurusan.

29 comments:

Anonymous said...

As salam
saya baru saja booking nama dengan Alfajr..tapi saya rasa tidak sedap hati, pakejnya lebih murah berbanding dengan yang lain..saya risau kerana saya akan membawa anak kecil bersama. bagi advise saudara

Anonymous said...

As sallam
In syaa Allah kami sekeluarga akan bersama AlFajr menunaikan umrah, moga dipermudahkan segalanya dan percaya AlFajr telah dapat mengatasi setiap kekurangan. Ameen.

Anonymous said...

salam, saya ade terbaca forum yang al fakr travel ni adalah syiah..http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=387018

sy sudah mendaftar bersama al fajr.. dan setelah mmbaca forum sy tidak sedap hati..

Karisma Izzah said...

Jika ada facebook, boleh dengar ceramah ini

https://www.facebook.com/photo.php?v=543626015690980&set=vb.100001307602340&type=2&theater

Memang Al-Fajr adalah Syiah berdasarkan logo Bendera Hitam yang dikelilingi 12 bintang berwarna hitam juga.Boleh tengok di website mereka

http://www.alfajrtravel.com.my/

Jika tahu tentang Fahaman Syiah, maka tak perlu lagi saya terangkan kenapa ada masalah2 begitu berlaku.

Bukan nak memburukkan mereka, tapi yang batil tu perlu kita tahu dan elakkan. Elakkan dari terlibat dalam apa pun urusan dengan mereka.

Anonymous said...

Salam, Saya telah pergi umrah bersama alfajr travel beberapa kali. Dulunya saya takut memilih agensi travel selain TH Travel. Alhamdullilah sudah beberapa kali pergi, saya lihat banyak sudah penambah baikan servis yang disediakan oleh alfajr. Namun kesimpulan yang dapat saya nyatakan disini. Mana mungkin pakej murah seperti ini nak disamakan dengan pakej vip atau sebaliknya. Sudah jadi lumrah maknusia selalunya nak yang murah tapi servis nak yang mahal. Terjadi juga kekeliruan yang sering berlaku menjadikan alfajr mangsa keadaan, jika permasaalahan yang timbul dari pihak kedua atau ketiga tetap alfajr dipersalahkan juga. Sebagai contoh masaalah yang sering terjadi berpunca seperti dari: kelulusan visa, penerbangan, hotel, sajian makanan, pengangkutan, muasasah, mutawwif dan penguat kuasaan imigresen arab saudi yang berubah ubah. Kerana mereka semua berhubung kait dengan alfajr. Malang sekali setiap luahan rasa tidak puas hati itu dilemparkan sewenang wenangnya kepada public hingga menjejaskan reputasi alfajr. Ini tidak adil namanya. Jadi saranan saya jika mahu memilih alfajr dan jika berurusan dengan wakil-wakil atau orang kedua, tetap juga berhubung dengan pihak alfajr sendiri bagi mendapatkan keterangan yang lebih detail lagi berhubung pakej umrah yang ditawarkan itu. Jangan termakan janji2 dengan wakil-wakil atau orang kedua, dikuatiri alfajr sendiri tidak menjanjikannya dan menyatakan sebegitu.... Kemampuan kewangan saya hanya mengizinkan pergi dengan pakej umrah seperti ditawarkan oleh alfajr. Dan saya yakin pakej yang disediakan oleh alfajr itu adalah yang terbaik setakat ini. Insyaallah 2014 saya akan pergi umrah lagi bersama alfajr. Amin!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum… Sewajarnya pergantungan kita pada manusia berakhir selepas langkah pertama perjalanan menunaikan ibadah umrah.Bergantunglah sepenuhnya pada Allah dan rasul, maksudnya janganlah kita salahkan sesiapa bila kita diuji… yang penting istighfarlah, mungkin ia kesalahan kita sendiri… cuba kita fikir.. kenapa perkara sebegini berlaku kepada kita tetapi tidak berlaku kepada orang lain… ????

Anonymous said...

Salam... saya rasa sewajarnya kita yg baru pulang dari tanah suci mekah dan madinah banyak bermuhasabah atsa kekurangan diri sendiri... bukan mencari salah org lain... saya pun dh pergi dengan Alfajr tahun lepas.. OK je..!!! sesuailah dengan harganya..

Unknown said...

Salam... buat karisma izzah, setahu saya bendera sangsaka pun 12 bintang.. dlm bulan islam pun ade 12 bulan... tk baik kita fitnah org tanpa usul periksa... jngan lah kita memecah belahkan persaudaraan sesama islam...

Anonymous said...

betul...betul...betul...
tak baik kita fitnah org... nnti kita kawan ngan syaitan...

Anonymous said...

Salam,

Saya rasa saudara/i anonymous sebaiknya terlebih dahulu rujuk link yg diberi oleh saudari Karisma Izzah. Beliau tidak buat tuduhan melulu dan saya tidak fikir beliau bertujuan memecahbelahkan umat Islam melainkan mahu memberi peringatan sesama Islam. Secara umum, di selayang mmg byk premis2 perniagaan milik Syiah. Terserah pada anda utk mencari maklumat dan pencerahan. Hidayah milik Allah.

~ lia

Anonymous said...

Alhamdulillah... milik org islam juga,x kira mazhab apa... barang di kedai ahcong pun kita boleh beli...

Anonymous said...

baca link ni: http://www.blackflaggroup.com/profil.html

Black Flag Group link dengan al-Fajr Travel.

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG"
Segala puji-pujian bagi Allah SWT dan Rasul serta para Imam Ahlul Bait "ALLAHHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WAALI MUHAMMAD"

Anonymous said...

Insyallah Bermula Tahun 2014 Alfajr Travel sudah Mempunyai Mutawif Terbaik Utk Tetamu ALLAH.Tak baik kita mendengar fitnah dn tuduhan mengatakan orang itu Syiah dan Orang Ni Tak Syiah,tanpa mendengar penjelasan yg sahih.Setahu ana bab bendera dan bintang tu bukan hak kita utk menjatuhkn hukum,ALLAH SWT lebih mengetahui.Insyallah tahun 2014 saya
akan menyertai Jemaah AlFajr Travel
utk ketanah suci dgn kos yg berpatutan dgn bujet sy yg sederhana dn dpt penginapan yg selesa.

Anonymous said...

Cuba perhatikan buku umrah yang diberi. Mana hilangnya makam saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Cuma ada makam Rasullullah.
Begitu juaga di Baqi'.

mi said...

Assalamualaikum wbt.

Saya telah pergi ke Tanah suci pada bulan Mac 2013 yang lepas melalui Al Fajr (8 org sekeluarga)

Bg saya, mmg perngurusan Al fajr lemah dan wakil pengiring yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan masalh ini. namun saya bernasib baik kerana mendapat pengiring yang bagus dan banyak membantu kami.

saya syorkan jika mahu ikut pakej Al-Fajr, ikut dengan wakil Hj Roslee b. Ali (012-3276401) email : Rossle.Ali@gmail.com

pasal isu syiah saya xpasti, tp Hj rossle mmg org yg biasa je n mmg xnmpk ciri-ciri tu pd beliau.

Anonymous said...

PERHATIAN !
Muzakarah ulama menjelaskan bahawa bahaya syiah ini wajib dihindari walaupun daripada teduhan bayang bayang nya..
Alfajr jelas ditadbir oleh golongan berfahaman syiah.
Hindarkanlah demi masa depan anak anak kita.

Anonymous said...

assalam.bantu saya...risau dgn label syiah itu.saya nak pergi dgn Alfajr bulan 5 ni,dah byr deposit ber2.janganlah yg buruk2....mudah2an elok semuanya.

Unknown said...

Assalam,ini semua REZEKI masing2..Saya bg contoh: Seperti kitabeli tiket flite kemana2 tmpat.. naik MAS (5Star servis)package yg lebih mahal lebih selesa ATAU naik AIR ASIA (budget servis)lebih murah kurang selesa..Tapi semua pun tak boleh jamin selamat sampai ke tak..semua serah pada Allah..Dengan izin Allah semuanya akan dimudahkan. InsyaAllah.

Anonymous said...

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/syiah-bekas-jemaah-akui-niat-umrah-berbeza-1.290153
jelas taqiyyah...

Anonymous said...

Salam...kenapa perlu dirisaukan dengan 12 bintang dan bendera yang warna hitam ?? Jika bendera itu berwarna biru (nanti disebutkan pro-BN pula), jika hijau pula (nanti dikatakan pro-PAS pula)jika biru dan merah (nanti dicop pro-PKR)Cubalah beristigfar byk2...yang paling penting pengisiannya bukan menghambur kata2 yang membuta saja...tak baik bersangka buruk...wallahuaham..

Anonymous said...

Wkwkwkw geng2 al fajr saje yg komen

Anonymous said...

Jgn membantu syiah dgn support ekonomi mereka,ramasamy ahcong tk masuk masjid kita utk rosakkan aqidah kita tapi syiah dgn taqiyah nya boleh memasukkan jarum syiah bila kita mendampingi mereka.

Anonymous said...

Salam. 12/12/2016 merupakan titik hitam lebih 400 jemaah yg sepatutnya berangkat utk mengerjakan umrah kerana pihak al-fajr gagal menyediakan penerbangan yg telah disusun bersama EagleExpress. Lebih menyedihkan, jemaah yg sepatutnya terbang pada 5/12 masih terkandas sehingga 15/12. Mengikut kata pengurus besarnya yg rata2 menyalahkan EagleExpress, syarikat penerbangan charter itu tidak dapat kelulusan mendarat dari pihak Saudi sehingga 12/12. Masalahnya, kenapa al-fajr masih tetap menjual seat EagleExpress walaupun pihak tsb belum bersedia sepenuhnya? Yg menanggungnya adalah jemaah yg x bersalah. Ada yg dari Indonesia dan ada yg dari kampung2 yg jauh, datang ke KLIA kerana sehingga hari penerbangan pun pihak al-fajr tidak memberi sebarang updates. Akhirnya terpaksa menetap di hotel2 berdekatan. TV3, Sinar, Malaysiakini semua ada carry cerita ini.Rupa2nya saya mendapat tahu bahwa Tn Hj Osman, Pengarah Urusan Al-Fajr sebenarnya adalah salah seorang Pengarah program umrah-haji EagleExpress. Oleh kerana ada vested interest, maka itu sebabnya Al-Fajr masih tetap mahu meneruskan urusan dgn EagleExpress tanpa mahu mencari alternative yg lain. Saya juga mendapat tahu bahwa Al-Fajr ini telah beberapa kali menerima komen negatif dari para jemaah terdahulu.
Namun, tahniah kepada kakitangannya seperti En Syed Sobir yg terpaksa melayan karenah jemaah yg naik angin dgn sabar, walaupun beliau hanya menjalankan tugas.

kuntau said...

dah g dan dah balek pun, ok, jer, tak ler saya xmakan sehari suntuk, nak caviar xdeler, salmon xder ler, tido pun ok, ada katil selimut air cond ok ler, program ziarah ok ler, xde ler polis peronda bagai, lambat tu biasaler, orang, bukan kambing, kambing boleh pukulbedai bagai, saya dok perati bas nak jln depa baru nak kencing bagai, org tua ade ,sakit ade, bukan komando sehat siaga, yg memandai mandai pun ramai, yg penting ikut arahan dan banyak bertawakkal, bersabo ,ini lah ibadah, bukan nyer tawaf jer ibadah, berfikir, sabo, pun ibadah juge

Anonymous said...

Assalamualaikum...

abang saya merupakan salah seorang jemaah umrah di bawah kendalian Al-Fajr, (bertolak pada 18/12/2016 & transit di Maldives selama 1 hari sblm flight ke jeddah pada 20/12/2016). sekarang masih lagi berada di Makkah (terkandas) menunggu confirmation date untuk pulang (tarikh asal penerbangan pulang adalah 30/12/2016). dijadualkan akan pulang pada 5/1/2017, tetapi tarikh dianjakkan lagi 7/1/2017..syukur dapat extra time untuk beribadah tapi dalam masa yang sama terikat dengan komitment keluarga & kerjaya (dengan anak2 nk bersekolah, musim hujan di terengganu). alhamdulillah, keluarga memahami..
harap2 pihak Al-Fajr bertanggungjawab bagi menyelesaikan permasalah ini..


terima kasih

kuntau said...

In sha Allah ok, pergi hari itu bulan januari 2017.

Anonymous said...

Sy ingin quote kenyataan penulis ini... 'Terus terang, saya amat tidak selesa jika ada pengendali umrah/haji yang berkata... itulah dugaan yang perlu dihadapi ketika di Tanah Suci.... sedangkan ianya boleh dielakkan dengan usaha berterusan dari pihak pengendali sendiri...' Sy telah mengerjakan umrah di bawah kendalian sykt Al Fajr San Bhd, hadapi masalah n itulah juga jwpn yg kami terima... Redhalah, terimalah n inilah ujian.... Sedangkan tawakal seharusnya dibuat setelah berusaha, namun jika pihak pengurusan tidak berusaha utk melakukan yg terbaik, kesan dr usaha yg dibuat endah tak endah tu tertimpa ke atas jemaah n pandai pulak pihak pengurusan minta jemaah bersabar. Camne tu? Sy malas nk bercerita ttg pengalaman buruk sy dgn sykt ni, namun ingin memberi pendapat... Carilah sykt pengendali umrah yg lain... Kita kerjakan umrah biarlah dgn keselesaan n hati yg lapang.... Kpd pihak pengurusan Al fajr, mohon perbaiki kelemahan anda...

Anonymous said...

Saya menggunakan khidmat agensi AlFajr untuk menjalankan umrah bersama keluarga tahun ini. Jika diminta diberi gred khidmat agensi ini, saya berikan C. Kenapa? Alasan sama seperti quote dari penulis tu + kelemahan2 lain yang sewajarnya tidak berlaku jika perancangan dan plan B, C atau D dibuat jika plan A gagal dilaksanakan. Ya. Sila jangan beri statement sarkastik "Redha dan banyakkan bersabar di bumi suci ni, Anggap sebagai ujian dalam melaksanakan umrah". :/

Unknown said...

Saya baru balik dari mengerjakan umrah dengan al fajr, Alhamdulillah semua berjalan lancar, dari klia smpai selesai umrah wajib kami dipimpin dgn baik, terima kasih mutawwif dr segamat & melaka.
Mungkin dulu ada kelemahannya dgn mutawwif2 yg dilantik tp sekarang tentu mereka dh buat penambahbaikan
bg saya mana2 agensi sama sahaja. Mereka tak akan pimpin kita beramal ibadah sepanjang masa kita di Mekah @ Madinah. Pada awalnya sahaja kita akan bersama sehingga selesai umrah wajib, rasanya amal ibadah selepas itu atas usaha sendiri.
Komunikasi itu penting, kalau masing2 berat mulut nak bertanya pada mutawwif memang itu yang jadinya, akan ada yang rasa tiada tanggungjawab.
Teams saya yang baru balik hari tu kami sangat2 friendly, mutawwif pun tiada masalah menjadi sebagai rujukan kami, sangat2 bertanggungjawab.