Hujung minggu yang amat menyeronokkan bagi anak-anak. Rumah atuk-nenek di Hulu Kelang riuh rendah dengan suara mereka.
Apa ketidaknya, empat beradik; Ainul, Aiin, Arif dan Adam baru sahaja tiba dari Sydney, Australia pada hari Sabtu. Selama setahun di sana mengikut ibu mereka yang belajar sambil bekerja dan kini pulang ke tanah air.
Bersua muka dengan anak-anak kami yang sebaya; Izzuddin, Hanisah, Solehah dan Imran serta sepupu-sepapat yang lain; Abid, Kaisah, Hawa, Zahra dan Wafi menjadikan suasananya meriah dan ceria sekali.
Bersua muka dengan anak-anak kami yang sebaya; Izzuddin, Hanisah, Solehah dan Imran serta sepupu-sepapat yang lain; Abid, Kaisah, Hawa, Zahra dan Wafi menjadikan suasananya meriah dan ceria sekali.
Begitulah hubungan mereka. Walaupun lama tidak berjumpa namun kemesraannya tidak lekang dek perubahan masa.
Anak-anak lelaki dengan kelompok lelakinya. Manakala anak-anak perempuan dengan dunia mereka tersendiri. Terlelap tidur pun tidak disedari. Walaupun seronok apabila bersama, kewajiban pada Yang Esa tidak dilupakan. Dilaksanakan bersama secara berjemaah. AlhamduliLlah.
Cuma kasihan pada Solehah kerana terpaksa mengorbankan keseronokan bersama. Lebih banyak masanya diperuntukkan bagi menyiapkan lambakan kerja sekolah. Tidak mengapalah, Insya Allah masih banyak masa lagi kerana kini masing-masing telah pun kembali meneruskan perjuangan hidup di tanah air tercinta.
Setelah bertahun-tahun di perantauan Melbourne dan Sydney, kini semua adik beradik Laili kembali bersatu. Kami sekeluarga hampir 4 tahun di Melbourne dan keluarga Eusni bersama Nasrul Hadi selama setahun di Sydney. Menariknya kepulangan semua dalam jarak waktu hanya berbeza kurang lebih 2 bulan sahaja.
Selamat Pulang. Kita kembali bersama.
3 comments:
salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog Aku Sebutir Pasir kalau berminat nak baca my travelling experiences to 45 buah negara.. :)
terima kasih atas pertolongan ropidi, kak laili (dari mula jejak kaki di melbourne ) & eus serta hadi (masa kami jalan-jalan naik tren ke sydney).
insya Allah jumpa lagi di tanahair tak lama lagi.
Salaam,
Ada typo error la Abg Pidi, nama Imran tercicir dan telah terganti pulak ngan nama Adam..;)
Terima kasih juga buat Din-Gee and Fatins kerana sudi berkunjung ke teratak di Sydney. IA,kita jumpa di Malaysia nanti...:)
ER
Post a Comment