Tuesday, December 21, 2010

Salam New Zealand

New Zealand terletak di selatan Australia, terdiri daripada 2 pulau utama iaitu South Island dan North Island.

Menurut rakan-rakan yang pernah berkunjung ke sana dan pemerhatian kami melalui media massa, dikhabarkan New Zealand adalah antara negara yang tercantik di dunia. Impian kami, sebelum menamatkan perantauan kami di bumi kangaroo, Australia; moga kami berpeluang mengunjungi bumi kiwi ini.

AlhamduliLlah, ianya menjadi kenyataan. Kini kami sedang berada di New Zealand. Hari ini adalah hari ke-6 dan sekarang kami di Dunedin, salah sebuah bandar di timur Southland, South Island.

Mengikut perancangan, penerokaan kami di bumi New Zealand telah pun bermula di Queenstown yang terletak di selatan South Island dan Insya Allah akan berakhir di Auckland, North Island. Perjalanan selama 16 hari, dari 16/12/2010 hingga 01/01/2011 di mana kami akan kembali ke Melbourne.

Dikesempatan yang ada, Insya Allah alkisah perjalanan kami ini akan dikemaskini secara beransur-ansur, bergantung kepada kemudahan internet yang disediakan.

Moga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Ameen.

6 comments:

m.e.y.l.o.w said...

salam.sy amirah. nk tumpang tanye..ape tmpat2 yg menarik di melbourne? sy student nz, ingat nak transit di melbourne sebelum balik nz bulan february nanti.

ropidi 'n laili said...

Salam Amirah

Sorry, terlewat reply. Banyak tempat menarik di Melbourne dan sekitarnya, bergantung kepada minat seseorang. Pemandangan pesisir pantai di Great Ocean Road, Port Campbell dan Warnambool amat cantik. Begitu juga di The Grampians. Kisah sejarah Gold Rush (living museum) ada di Ballarat dan Bendigo. Di Phillip Island tida kurang menariknya. Melbourne sendiri pun banyak tarikan.

m.e.y.l.o.w said...

oh, menarik sungguh! kalau tmpat utk bershopping, apa tempat2 yg must-visit? insyaallah smpai melbourne 23feb nanti. biasenye tempat2 mcm tue senang naik public transport atau kene sewa kereta ye?

Shaharudin Ismail said...

kalau utk kawan2 dari m'sia selalu kami bawa ber-shopping di DFO (Direct Factory Outlets)

m.e.y.l.o.w said...

DFO bukan di brisbane ke?

ropidi 'n laili said...

Di Melbourne ada 2 DFO - DFO Essendon berdekatan Melbourne Airport dan satu lagi di Morrabbin. Lain-lain tempat rujuk Visitor Guide yang boleh diperolehi percuma di Airport/Tourist Centre. Bab-bab shopping ni kami kurang arif sikit..8)