Port Campbell National/Marine Park seluas 1,750 hektar bermula dari Princetown sehinggalah ke Springvale. Pesisiran pantainya juga dikenali sebagai Shipwreck Coast di mana banyak merakamkan sejarah silam kapal karam. Sejarahnya dipaparkan di setiap singgahan yang diwartakan. Koleksi foto terdapat di Album Foto Kami (Great Ocean Road 02).
Twelve Apostles Tumpuan utama kami di Port Campbell National Park adalah Twelve Apostles. Di gigi air tersergam teguh beberapa bongkah batu (apostle), berlatarkan tebing-tebing tinggi yang beralur-alur dan curam serta beralaskan pepasir pantai dan air laut. Deburan air laut kuat menghempas batu, sesekali percikannya melonjak tinggi menyapu muka kami.
Keindahan alam yang amat kami kagumi walaupun sekadar batu sahaja. Namun di sebaliknya ada peringatan Allah yang amat digeruni. Apostle tampak begitu kental sekali menahan asakan demi asakan; angin, ombak dan hujan. Sampai ketikanya tumbang juga, diganti pula oleh apostle baru yang terbentuk hasil fenomena alam. Begitu juga kehidupan kita. Maka ni’mat Tuhan yang manakah yang ingin kamu dustakan? Sanggupkah kita menjadi apostle?
Lorc Ard Gorge & London Bridge Seterusnya kami menyinggah di Loch Ard Gorge yang indah di mana terakam sejarah kapal Loch Ard yang karam pada tahun 1878. Daripada 54 penumpang, hanya 2 orang sahaja yang terselamat, kelasi kapal dan wanita muda Irish. Singgahan kami selepas itu adalah London Bridge, pelantar batu yang menjulur ke laut, sebahagiannya telah pun terputus dilanda ombak. Segala-galanya mengambarkan kekuasaan Allah SWT yang tiada tandingannya.
Terdapat masih banyak lokasi menarik di Port Campbell dengan keunikannya tersendiri, antaranya Gibson Steps, The Island Archway, Thunder Cave, Sentinal Rock, Point Hesse, Grotto dan The Arch. Di Petersborough pun tidak kurang menariknya dengan pantai-pantainya yang landai berserta bongkahan batunya seperti di Bay of Martyrs, Halldale Point dan Bay of Islands. Namun kami kesuntukan masa, perjalanan kami perlu diteruskan.
Warrnambool Tumpuan kami berikutnya adalah ke Warrnambool. Jarak perjalanan dari Port Campbell ke Warrnambool hampir 70 km, kira-kira 1 ½ jam perjalanan. Singgahan kami adalah di Information Centre di mana terdapatnya muzium sejarah, Flagstaff Hill bersebelahannya. Untuk makan tengahari dan solat jamak, kami berhenti di Lake Pertobe Park, tidak jauh dari Lady Bay.
Mengejar masa, kami bertolak pulang ke Melbourne kira-kira jam 3:30 petang melalui Princess Hwy menuju ke Queenscliff. Matlamat kami adalah menaiki feri ke Sorento di Mornington Peninsula. Sayangnya kami terlewat 10 minit sahaja sebelum feri terakhir jam 6:00 petang berlepas.
Begitulah aturanNya. Rupa-rupanya bumi Queenscliff menjadi saksi kami bersolat jamak di tempat letak kereta dengan dikerumuni nyamuk-nyamuk Maghrib yang kelaparan.
AlhamduliLlah, kami selamat tiba di Dandenong menghampiri jam 8:00 malam. Semuanya kepenatan. Hanya tilam, bantal dan selimut menjadi idaman.

No comments:
Post a Comment