Hari ini, Khamis bermulanya awal Ramadhan di Victoria. Begitulah perkiraan yang kami ikuti sebagaimana yang diperakui oleh Board of Imams (BOI) dan diumumkan oleh Islamic Council of Victoria (ICV) beberapa hari lalu. Setinggi-tinggi kepujian kepada Allah SWT yang memberi peluang kepada kami bertemu kembali dengan Ramadhan untuk kesekian kalinya. Insya Allah, bulan Ramadhan pada tahun ini merupakan Ramadhan kali ke-4 yang bakal kami dilalui di perantauan Melbourne, Victoria ini. Malah kali ke-5 di Australia secara berturutan tahun sejak tahun 2006 lalu. Ketika itu Laili mengikuti pengajian di Adelaide, South Australia. Setiap kali tibanya Ramadhan, hati diragut sayu dan khuatir. Sayu kerana berjauhan dari ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara di tanah air. Rasa khuatir pula apabila mengingatkan keberkatan yang ada pada Ramadhan. Mampukan diri ini meraih setiap kelebihan yang disediakan? Amatlah rugi kiranya ia terlepas begitu sahaja. “Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami (serta kalian semua) untuk sentiasa mengimarahkan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Ya Allah, kurniakanlah rahmatMu kepada kami, ampunilah segala kesalahan kami serta ibu bapa kami dan hindarkanlah kami dari azab nerakaMu. Ameen Ya Rabbal ‘alamin” Salam Ramadhan El-Mubarak dari kami sekeluarga di Dandenong, Australia. Salah dan silap harap dimaafkan.
2 comments:
Salam Ramadhan 1431...
Salam Taaruf minal mindamuallim.
Semoga Ramadhan kali ini, semakin menambahkan lagi ketaqwaan kita pada yang Esa, memantapkan lagi keimanan kita dan menyemarakkan lagi ukhwah sesama saudara seagama, amin!
Seronok berkongsi cerita dan catatan pengalaman tuan sekeluarga!
Salam Sdr Zul-Elle,
Ameen. Ameen. Ameen. Ya Rabbal 'alameen.
Terima kasih..8)
Post a Comment