Apabila disebut musim bunga, masing-masing pasti akan terbayangkan bunga-bungaan yang berwarna-warni, mekar segar berkembang menghiasi hampir kebanyakan kawasan. Sememangnya demikianlah fenomenanya terutama di taman-taman dan halaman rumah.
Di halaman hadapan dan belakang rumah sewa kami ini juga terdapat beberapa pokok bunga yang berlainan jenis. Ianya berbunga dan sebahagiannya berbuah mengikut musim.
Salah satu yang amat menarik perhatian kami adalah sebatang pokok bunga yang berwarna pink, terletak di muka jalan masuk ke rumah. Ia menjadi penanda bakal berakhirnya musim sejuk dan menjengah pula musim bunga. Menurut kenalan, pokok bunga ini dikenali sebagai pink blossom. Kami lebih suka memanggilnya sakura. Saat ia berbunga sememangnya amat kami nanti-nantikan.
Menariknya pokok bunga sakura ini dari jenis pokok musim luruh. Dedaunannya gugur dan terus kekal tidak berdaun sepanjang musim sejuk. Melewati pertengahan musim sejuk, tunas-tunas bunga mulai keluar, bergugusan di dahan dan ranting bagaikan putik buah. Ketika ini dedaunannya masih lagi belum keluar.
Di awal Ogos, ia mulai galak berbunga, berjambak-jambak memenuhi keseluruhan pokok. Keindahan yang amat mempesonakan berserta bau harum semerbak menggamit lebah-lebah bertenggekan di sana-sini. SubhanaLlah. Lihatlah fotonya, cantikkan?
Fenomena nan indah ini tidak lama. Kini bunga-bunganya mulai mengering, Kelopak bunga mulai berterbangan di tiup angin. Pucuk-pucuk daun yang berwarna merah coklat pula telahpun kelihatan di celah-celah bunga. Dalam seminggu dua ini kesemua bunga tersebut akan hilang, diganti pula dengan dedaunan sehingga tibanya musim luruh di tahun hadapan. Tiada lagi seri dan keindahannya.
Begitulah pusingan hidup pokok bunga sakura, tetap setia mengabdikan diri. Sesungguhnya setiap ciptaan Allah SWT mempunyai hikmah dan pengajarannya tersendiri, lebih-lebih lagi bagi yang ingin berfikir.

2 comments:
salam ziarah.....
Salam,
Terima kasih kerana sudi menyinggah.
Moga dirahmati Allah sentiasa. Ameen.
Post a Comment