Dandenong Market letaknya di tengah-tengah Bandar Dandenong. Dari rumah kami hanya sekitar 3 km sahaja. Ianya dibuka 3 kali seminggu; Selasa, Jumaat dan Sabtu seawal jam 7:00 pagi sehingga jam 3:00 - 5:00 petang (mengikut hari). Hari-hari lain ianya ditutup. Kedudukan Dandenong Market amat strategik. Di sekelilingnya terdapat pusat-pusat membeli belah seperti Dandenong Plaza, Dandenong Archade dan ALDI serta deretan pelbagai jenis kedai, Dandenong Council, Dandenong Library, bangunan pejabat, pusat komuniti dan beberapa buah bank. Tidak terkecuali beberapa pusat jualan daging dan makanan halal yang amat memudahkan bagi umat Islam di Dandenong dan sekitarnya.
Mengikut sejarah, Dandenong Market mula beroperasi sejak tahun 1850an dengan tumpuan kepada perniagaan lembu. Pada tahun 1863, para pembayar cukai menghantar petisyen untuk mengujudkan Dandenong Market. Ianya dipersetujui oleh Colonial Government sehingga membawa kepada pembukaannya secara rasmi pada Oktober 1866 di persimpangan Lonsdale St dan McCrae St. Pada tahun 1926, pasar dipindahkan ke tapak sekarang di persimpangan Cleeland St dan Clow St.
Dandenong Market kini berwajah baru. Projek pembangunan semula di tapak asal dengan kos $26 ribu ini telah dimulakan sejak bulan Januari 2009 lalu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Bermula dengan General Merchandise Hall, diikuti Meat, Fish & Deli Hall, Produce Hall dan Fruits & Vegetables Area. Keseluruhan projek ini dijangka siap pada April, 2010 nanti.
General Merchandise Hall (GMH) yang menghadap Dandenong Plaza di Clow Street telahpun siap. Sebuah bangunan memanjang yang lebih luas ruangan dewannya dengan bumbung tinggi melangit dengan pencahayaan semulajadi menyebabkan atmosfera dalamannya terasa lebih segar berbanding bangunan lama. Majlis pelancaran rasminya telah pun dilakukan pada hari Sabtu baru-baru ini (24/10/2009) oleh Datuk Bandar Dandenong, Mayor Pinar Yesil.
Suasana dalam GMH, kelihatan tapak jualan pakaian Muslim Kesemua peniaga barangan runcit seperti pakaian, cenderamata, barangan seni dan pelbagai lagi barangan kering telahpun memulakan perniagaan di tempat baru mulai sehari sebelumnya. Tidak kalah dengan Victoria Market di tengah Melbourne CBD yang terkenal dengan kepelbagaian barangannya.
Kepada para pelancong yang mencari cenderamata untuk dibawa pulang, barangan di Dandenong Market dikatakan lebih murah berbanding di Victoria Market. Itulah luahan rakan-rakan yang pernah mengalaminya. Dari pengamatan kami, ada kebenarannya.
Barangan segar seperti buahan, sayuran, ikan dan daging serta bungaan turut dijual di Dandenong Market. Makanan kering seperti kekacang, madu, roti, herba dan pelbagai lagi pun ada. Pendek kata semuanya ada. Tidak hairanlah ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Tidak kurang menariknya, ramai peniaga Muslim pun turut sama membuka perniagaan mereka seperti daging halal, kebab, pakaian Muslimah, kedai buku terpakai, barangan cenderamata, buah-buahan dan banyak lagi.
Seronok dapat belon Dandenong Market pada hari pelancarannya

Dandenong Market kini berwajah baru. Projek pembangunan semula di tapak asal dengan kos $26 ribu ini telah dimulakan sejak bulan Januari 2009 lalu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Bermula dengan General Merchandise Hall, diikuti Meat, Fish & Deli Hall, Produce Hall dan Fruits & Vegetables Area. Keseluruhan projek ini dijangka siap pada April, 2010 nanti.
General Merchandise Hall (GMH) yang menghadap Dandenong Plaza di Clow Street telahpun siap. Sebuah bangunan memanjang yang lebih luas ruangan dewannya dengan bumbung tinggi melangit dengan pencahayaan semulajadi menyebabkan atmosfera dalamannya terasa lebih segar berbanding bangunan lama. Majlis pelancaran rasminya telah pun dilakukan pada hari Sabtu baru-baru ini (24/10/2009) oleh Datuk Bandar Dandenong, Mayor Pinar Yesil.
Kepada para pelancong yang mencari cenderamata untuk dibawa pulang, barangan di Dandenong Market dikatakan lebih murah berbanding di Victoria Market. Itulah luahan rakan-rakan yang pernah mengalaminya. Dari pengamatan kami, ada kebenarannya.
Barangan segar seperti buahan, sayuran, ikan dan daging serta bungaan turut dijual di Dandenong Market. Makanan kering seperti kekacang, madu, roti, herba dan pelbagai lagi pun ada. Pendek kata semuanya ada. Tidak hairanlah ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Tidak kurang menariknya, ramai peniaga Muslim pun turut sama membuka perniagaan mereka seperti daging halal, kebab, pakaian Muslimah, kedai buku terpakai, barangan cenderamata, buah-buahan dan banyak lagi.
Ketika ke pasar pada pagi Jumaat baru-baru ini, para peniaga sedang sibuk mengemas dan menyusun atur barangan perniagaan mereka di petak niaga masing-masing. Di sana sini kedengaran ulasan dan sungutan sesama mereka. Bercampur baur antara suka dan duka... Begitulah lazimnya di mana-mana sahaja apabila berpindah dari tempat asal...
Pada pagi Sabtunya, bersama anak-anak kami ke sana lagi. Sekadar berjalan-jalan sementara menunggu Dandenong Library bersebelahan pasar dibuka kira-kira jam 10:00 pagi. Ramainya orang sehinggakan tempat letak kereta dipenuhi para pengunjung. Demikianlah suasana rutin setiap hari Sabtu, diserbu orang dari segenap pelusuk kerana hari cuti. Sememangnya kami sentiasa mengelak untuk berurusan di pasar pada hari berkenaan kecuali terpaksa.
Dengan kedudukan rumah yang tidak jauh dari Dandenong Market, ianya amat memudahkan. Itulah antara salah satu sebab kenapa kami memilih Dandenong sebagai tempat tinggal walaupun sedikit menjauh dari Monash University di Clayton, di mana Laili perlu berulang alik hampir setiap hari.