Dek kerana jerebu teruk yang mengakibatkan sekolah-sekolah terpaksa ditutup selama 3 hari daripada 05 Oktober - 07 Oktober, maka pihak JAKIM telah menetapkan jadual baru.
"Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
bagi subjek Lughatul Quran (UPKK 06/01) akan (telah) berlangsung pada hari ini dari
pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) pula akan diadakan pada Isnin, 12 Oktober dari jam 2.30 petang hingga 4 petang.
Bagi subjek Sirah (UPKK 03/01) serta Jawi dan Khat (UPKK 05/01) pula, ia akan diadakan pada Selasa, 13 Oktober iaitu masing-masing dari pukul 2.15 petang hingga 3.45 petang dan 4.15 petang hingga 5.45 petang.
Manakala bagi subjek Adab I (UPKK 04/01) dan Adab II (UPKK/04/02) akan berlangsung dari jam 2.15 petang hingga 3.45 petang dan 4.15 petang hingga 5.45 petang pada hari Khamis, 15 Oktober"
Demikian sebahagian sedutan daripada pengumuman yang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha pagi tadi. Sebarang perubahan jadual bergantung kepada keadaan jerebu dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Apakah perasaan para pelajar yang terpaksa menangguhkan 'kemerdekaan' mereka? Tak mengapalah. Usah stress. Hadapilah dengan tenang. In Shaa ALLAH ada hikmah di sebaliknya.
Teruskan perjuangan demi memartabatkan Islam.
No comments:
Post a Comment