Rasanya tidak terlambat untuk dilafazkan rasa syukur
ke hadrat ILLAHI serta diucapkan TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada 2
pasangan adinda kami : Nasrul Hakim- Nur Syuhada dan Mohd Lutfi-Rosbaizura yang
selamat disatukan dalam jarak sebulan lalu.
Di saat masyarakat Cina
sibuk dengan sambutan Tahun Baru, kami berserta ahli keluarga Ulu Kelang mengharungi kesesakan melampau menuju ke Pasir Mas, Kelantan.
Perjalanan lebih 12 jam benar-benar menguji kesabaran kami walaupun
berkesempatan melalui LPT2 yang baru dibuka, jajaran dari Jabor terus ke
Gemuruh/ Kuala Terengganu.
Hakim dan Syuhada |
AlhamduliLlah, pasangan Akim dan Ada selamat diijabkabul menjelang
tengahari tanggal 21/02/2015 dan majlis kenduri diadakan selepasnya. Seterusnya
majlis sambut menantu dilakukan pada 07/03/2015 lalu di Ulu Kelang.
Manakala
bagi pasangan Lutfi-Baizura, majlis akad nikah telah dilangsungkan pada pagi
27/02/2015 lalu di Sanglang, Perlis, diikuti majlis kenduri pada hari yang
sama. Majlis kesyukuran di Kuala Terengganu pula telah diadakan secara
sederhana pada 08/03.2015 lalu, sehari selepas majlis kenduri di Ulu Kelang.
Sekali lagi, sekalung TAHNIAH dan SYUKUR atas anugerah yang dikurniakan ALLAH
SWT. Moga bahagia selamanya sehinggalah bersama di Jannah. Ameen.
No comments:
Post a Comment