Di awal cuti persekolahan akhir tahun 2014 baru-baru ini,
anak-anak telah dibawa berkunjung ke Muzium Negara. Memenuhi perancangan yang
telah lama dibuat.
Paling teruja adalah Imran yang baru mengenal hakikat sejarah secara formal melalui subjek Sejarah yang baru dipelajarinya di Tahun 4. Dengan ditemani oleh kakak-kakaknya, Hanisah dan Solehah, kami bertolak awal ke tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Paling teruja adalah Imran yang baru mengenal hakikat sejarah secara formal melalui subjek Sejarah yang baru dipelajarinya di Tahun 4. Dengan ditemani oleh kakak-kakaknya, Hanisah dan Solehah, kami bertolak awal ke tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Muzium Negara dibuka setiap hari dari jam 9:00 pagi
hingga 6:00 petang. Bayaran masuknya hanya RM 2.00 untuk dewasa dan kanak-kanak
berusia 12 tahun ke atas. Percuma bagi pelajar sekolah yang berpakaian seragam.
Kami tiba di muzium sekitar jam 9:15 pagi. Masih
banyak ruang untuk parkir. Itulah tujuan kami datang awal. Paling utama kami
mempunyai masa yang lebih panjang untuk menerokai setiap galeri dan menghayati
nilai sejarah dari bahan-bahan yang dipamerkan. Matlamat kami dapat
menghabiskan kesemua galeri sebelum masuk waktu Zohor, sekitar 3 jam.
Sebahagian foto di Muzium Negara terdapat di Album Foto Kami di kiri laman atau klik di sini untuk terus ke album.
Sebahagian foto di Muzium Negara terdapat di Album Foto Kami di kiri laman atau klik di sini untuk terus ke album.
4 Galeri Dalam 1 Bangunan
Penerokaan sejarah pertama kami adalah ke bangunan
utama yang menempatkan 4 galeri – Galeri Sejarah Awal dan Galeri
Kerajaan-Kerajaan Melayu di Tingkat 1 serta Galeri Era Kolonial dan Galeri
Malaysia Kini di Tingkat 2.
Rangka Perak Man |
Begitu juga dengan penemuan rangka Perak Man berusia sekitar 10,000 tahun lalu di Lenggong, Perak dan rangka kanak-kanak di Gua Cha, Kelantan dianggarkan bertarikh lebih 5,000 tahun lalu.
Manakala Galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu menyorot
kewujudannya di Nusantara terutama di Tanah Melayu termasuk Kerajaan Melayu
Melaka di abad ke-15. Banyak koleksi menarik di sini, antaranya pintu istana
Kerajaan Setul (selatan Thailand), mural Hang Tuah, batu nesan Sultan Mansor
Shah, Al Quran tulisan tangan dan pelbagai barangan tembaga, perhiasan dan
senjata lama.
Di Galeri Era Kolonial pula - sesuai dengan namanya
– menyingkap sejarah penguasaan penjajah ke atas Tanah Melayu seperti Portugis,
Belanda, British dan Jepun. Koleksi utama yang dipamerkan antaranya meriam,
basikal Jepun, model kapal korek, model lanca dan ufti emas.
Berlatarkan mural Hang Tuah |
Tanpa diduga, Imran memberikan tumpuan sepenuhnya.
Setiap exhibit diperhatikan penuh
minat dan setiap penerangan panjang lebar dibacanya tanpa jemu. Segala-galanya
menarik hati dan menimbulkan rasa ingin tahunya.
Kami berhenti rehat untuk solat Zohor dan makan
tengahari di Kafeteria Muzium yang mewah sekali pilihan lauk-pauknya. Nampaknya
masa 3 jam tidak dapat dipenuhi kerana masih ada 3 muzium lagi yang perlu kami
lawati. Tak mengapalah, asalkan mereka gembira, terutama Imran.
Pameran Evolusi Senjata
Slot lawatan seterusnya adalah ke pameran khas –
Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sejagat yang terletak di ruang pameran
di hadapan bangunan utama. Bayaran masuknya RM 5.00 untuk dewasa dan RM3.00
untuk kanak-kanak dan percuma bagi yang berumur bawah 12 tahun.
Kami jangkakan bahan pamerannya tidaklah sebanyak
seperti sebelumnya. Nyata tekaan kami meleset. Pengkisahannya bermula dari
Zaman Paleolitik sehinggalah ke dunia moden kini termasuk Perang Dunia I, II
dan III. Pelbagai jenis senjata lama dan baru dipamerkan samada dalam bentuk
replika mahupun asal. Pelbagai peristiwa dan fakta dipaparkan bersilih ganti
dengan bahan pameran.
Diabadikan juga replika pedang-pedang RasuluLLAH
SAW dan para sahabat baginda. Paling banyak adalah senjata-senjata tajam
seperti keris, pedang, badik, kerewang, tombak dan bermacam jenis lagi dari
seluruh pelusuk dunia.
Di ruang pameran ini sahaja kami mengambil masa
sehingga sejam setengah sehingga ke penamatnya. Itupun setelah meminta jasa
baik Imran agar dapat mengubah cara penelitiannya dari membaca setiap butiran
penerangan kepada membaca sekadar mengambil tahu kecuali yang benar-benar
menarik. Masalahnya, bagi Imran semuanya menarik. Sedih juga melihatnya kecewa
tetapi terpaksa kerana masa semakin suntuk sedangkan Muzium Ethnologi Dunia
Melayu dan Muzium Seni Kraf Orang Asli belum lagi diterokai.
Muzium Dunia Melayu dan Muzium Orang Asli
Rupa-rupanya kedua-dua muzium ini tidaklah besar
sangat. Tidak banyak masa diambil. Sekitar 45 minit, semuanya habis dijelajahi. Imran pula tidaklah memberi perhatian yang berlebihan, cukup sekadar ambil tahu kecuali ada yang menarik perhatiannya.
Di ruangan Dunia Pelayaran |
Manakala Muzium Seni Kraf pula memaparkan warisan
kraf Orang Asli di Malaysia terutamanya suku Mah Meri. Ianya menggambarkan cara
hidup, budaya, kepercayaan, lagenda dan juga seni ukir yang membawa maksud yang
tersendiri.
AlhamduliLLAH, kami sempat menamatkan penjelajahan
kami merentas masa ke zaman silam, seterusnya berada di masa kini sebelum jam
4:00 petang. Bermakna lebih 6 jam kami berada di Muzium Negara. Penat memang
memenatkan tetapi yang penting adalah kepuasan.
2 comments:
mengenali sejarah
mengenali sejarah
Post a Comment